Kotak

12:33:00 AM

Baru-baru ini, aku ada mengemas barang-barang lama, kenangan lama, memori lama, segala benda-benda yang patut dilupakan dan benda-benda yang seharusnya tidak kembali wujud dalam memori. Sebuah kotak yang penuh dengan impian lama, yang sepatutnya dikuburkan lama dulu. Mungkin kenangan-kenangan itu telah tiada, namum memori itu masih lagi ada. Tidak mengapa. Aku tidak pinta untuk menikmati kembali segala memori silam, apa yang masih boleh aku lakukan adalah dengan melangkah kaki maju ke hadapan, barangkali berlari meninggalkan jauh segala memori lama.

Tidak terungkapkan, segala memori yang suka duka, kenangan yang akan mengembalikan fikiran ke masa silam, tetapi aku tidak mahu menjadi orang yang mengejar masa silam. Aku tidak percaya akan masa silam itu akan berpatah balik kepada diri, aku hanyalah percaya, segala masa silam yang telah aku lalui mengajar aku erti kehidupan.

Aku melupakan dan meninggalkan jauh segala duka yang tidak lagi aku amati, aku hanya nakkan kebahagiaan, cukuplah sekadar bahagia itu untuk sementara..

Kadang-kala aku terasa sedih dan menyesal kerana aku berjumpa kembali dengan kenangan dan memori lama. Cukuplah apa yang aku hadapi dulu, cukup saja untuk diperingati sebagai ajaran sebuah kehidupan.

Bagi aku, cukup untuk aku menghapuskan segala kenangan, segala memori lama, cukup untuk aku biarkan masa lama berlalu tanpa kembali lagi. Aku cukup menyesal dengan kehidupan dulu, kalaulah hidup ini dapat diputarkan kembali, aku tidak mahu jadi begini, tapi, benar kata orang, kesalahan itu mengajar kita. Ya, mengajar aku untuk faham apa itu kesabaran, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kepercayaan, perasaan hati dan sayang...

Bagi aku peluang kembali itu sudah tiada, yang ada hanyalah hubungan. Namun hubungan itu bukanlah hubungan yang istimewa, sebaliknya hubungan yang tiada apa-apa perasaan. Seumpama orang asing, orang asing yang tidak diperlukan atau barangkali tidak perlu wujud di depan mata.

Tak dapat aku meluahkan betapa sedihnya aku, bila mengenangkan kembali segala suka duka, bagaimana aku bertahan untuk terus setia, terus menyayangi sehingga membenci kerana terlalu memendam. Biarpun beribu maaf diucap, beribu maaf dipinta, hati ini masih belum dapat membuang rasa dendam. Dendam itu masih ada, namun maaf tu telah lama dimaafkan.

23 tahun hidup di dunia, aku terkapai-kapai, terkontang-kanting tanpa sebarang pertolongan. Berbagai pertolongan aku pinta daripada orang sekeliling, namun tiada siapa yang mendengar. Dari situ, aku tersedar, aku tidak perlukan orang lain untuk menolong, tetapi aku hanya perlukan diri aku untuk bangun kembali. Itu saja.

You Might Also Like

0 comments

Readers

Labels

Quote

Jangan lecehkan tulisan orang lain.
Siapa tau, mungkin itu satu-satunya nafas yang dia punya.

Sofia Nin, Puisi Berantakan.