Sendiri

10:38:00 AM

Aku memandang sekeliling, disertai bersama adik lelakiku. Meniti waktu untuk di bagi pada tuan yang baru. Dalam hati, aku mengharapkan aku dan adik lelaki aku dapat hidup dengan lebih bahagia selepas ini. Harap-harap begitulah. Menunggu dan menunggu sehingga tiba masanya.

Sebulan sudah berlalu, sudah cukup umurku dan adikku untuk di bagi orang, tapi macam mana pun, aku kekal rapat dengan adik aku, takut sekali berjauhan. Mungkin, bagi dia rasa rimas, tapi bagi aku, dia adalah peneman.

Diri sudahpun bertukar milik, ditempatkan di sebuah rumah yang besar. Memiliki tuan yang sangat memahami, dan menghargai diri ini. Indah sekali kehidupan masa tu. Segalanya serba cantik, wangi dan aman. Walaupun kadang-kadang stress dengan abang kakak kawasan, namun, kita kisah apa, kita duduk dalam kurungan, terasa terlindung sikit tanpa gangguan mereka.

Sebulan kemudian, dua warga baru ditempatkan di rumah kami. gadis-gadis cantik, dengan rambut yang lembut dan panjang. Namanya Thea dan Iris. Comelnya dia, terasa macam nak gigit-gigit je, geram sangat-sangat. Sabar jelah wahai hati. Berkenalan, berbual, dan bermain-main sesama kami berempat. Sentiasa rapat, sentiasa didekati. Bila waktu makan, wajib sekali untuk berebut, jarang sekali makan berjauhan, macam mana pun mesti bersebelahan. Sweetnya dunia.

Hati aku berpaut pada Thea, kakak kepada Iris, tetapi tak ku sangka tak ku duga rupa-rupanya, adikku Barry, suka juga kat Thea tu. Kesian Iris tak ada siapa-siapa crush kat dia. Thea tu dah la comel, rambut keperang-perangan blonde gitu, siapa tak suka, gila lah namanya tu. Tapi Iris tu pon comel jugak, cuma dia gelap sikit daripada kakak dia, mungkin sebab tu kot dia kurang didekati. Manakan pula aku dan adikku yang rambut perang-perang merah-jingga ni pun, hotstuff juga okay? Ish! Perasan tiba-tiba pulak. Apa bengong sendiri puji sendiri sengih.

Lama-kelamaan, bila masing-masing sudah cukup matang, mulalah nak menggatal, masing-masing tunjuk hint, nak masuk meminang. Tapi Thea dan Iris selalu lari, malu-malu guinea pig gitu, asyik tunjuk bontot je. Bila dikejar, selalu lari, bila didekati selalu menyembunyi diri. Dua-dua jual mahal, dua-dua aku suka jugak. Barry pon dua-dua dia suka jugak. Ha, sudah! macam mana nak pilih ni. Jenuh la macam ni.

Akhirnya, kata putus diberikan, aku bersama Thea, dan Barry bersama Iris. Segalanya terasa penuh keindahan di sepanjang masa dalam kamar merahku. 3 bulan sudah berlalu, Thea dan Iris pon masing-masing mempunyai isi, masing-masing makin bertambah comel dan berat tapi malangnya tiba-tiba gugur. Dua kali punyai isi, dua kali juga gugur kembali. Hilang segala harapan, segala keturunan untuk disambung legasi keluargaku di Ethiopia. Barangkali, mungkin itu semua adalah dugaan dunia, tak mengapa, aku redha.

Sejak dari itu, aku perasan, Barry seperti sakit, tapi dia tak nak tunjuk yang dirinya sakit. Egonya diri seorang lelaki apabila nak tunjuk cool depan wife comelnya. Tapi egonya tidak mampu bertahan lama, sehinggalah tiba satu hari tu, Allah lebih menyayanginya, dia pergi meninggalkan kita. Macam tak percaya je adik aku dah tak ada lagi.

Maafkan aku, Barry, sebab selalu gaduh dengan kau, selalu buat kau sakit, selalu buat kau beralah dengan aku, walaupun aku abang, kau lebih matang daripada aku, namun aku lebih berkuasa daripada kau. Tak apa lah, pergilah kau tenang di sana, Iris akan aku jaga sama rata dengan Thea juga. Hihi. Serious aku rasa macam jahat sangat mencuri bini orang ni, tapi aku rasa aku tak buat salah pun, siapa lagi yang nak menjaga Iris kalau bukan Thea dan aku juga, kan?

Beberapa bulan berlalu, aku mula menyedari, isteriku Thea semakin kurus. Selalu cirit-birit, selalu tak ada selera untuk makan, Kadang-kadang aku fikir mungkin disebabkan perubahan cuaca El Nino dia berubah fizikal macam tu sekali. Manakan tak, kalau kau tengok depan mata sendiri, dia dah nampak macam orang kena Anorexia kot. Kesian aku tengok dia, tapi aku diamkan diri je, takut dia stress, aku jugak yang pening nanti. Iris, di waktu Thea sakit, dia rajin sekali teman kakaknya, duduk dekat Thea. Tiba-tiba terasa rindu kat Barry. Teringat masa kecil dulu, jarang sekali kami berenggang. Untung Thea ada adik macam Iris, setia disisi.

Beberapa minggu sebelum Thea sakit, Iris ada juga demam sekejap. Mungkin penat menjaga kakaknya kot, dan juga disebabkan perubahan cuaca El nino tu. Namun, walaupun Iris kurang sihat, dia tetap memantau kakaknya. Sehingga awal puasa baru-baru ni, Thea menghembuskan nafas terakhirnya di waktu pagi yang dingin. Dingin sekali, seakan cuaca memahami sebak rasa hati ini. Hilanglah isteri comelku, pergi meninggalkan aku, mengikuti Barry melangkah jauh dari dunia.

Iris cuba memujuk, memberikan kata-kata semangat, begitu juga dengan tuan kami. Aku ingat lagi, dia menangis waktu berbisik dengan Thea waktu Thea tenat. Aku tahu tuan kami mencuba sebaik yang boleh, tapi itulah, maut tu bukan di tangan kita untuk kita tentukan. Sayangnya tuan kami pada kami. Hari-hari datang menjenguk, hari-hari datang memberikan makan lebih, mana kami tak gemuk-gemuk sado?

Aku sedar, waktu kami sudah duduk serumah berempat dulu, tuan kami dah semakin sibuk dengan kerja, jarang sekali melayan, namun dia cuba juga untuk meluangkan masa untuk kami. kadang-kadang kami dilepaskan kejap-kejap untuk bermain, sehingga kami membuat kotor di tilam busuknya, tapi dia tak bebel apa pun, sebaliknya mencuci tanpa bebelan. Aku tahu, dia rindu kami, tapi aku tahu juga dia kepenatan dengan kerja. Biasa lah tu, tak semua orang kita mampu puaskan hati, mana-mana hati pun, akan ada juga satu dua hati yang terluka. Itu normal.

Kemudian 2 minggu selepas kehilangan Thea, Iris turut menyertainya lalu meninggalkan aku keseorangan diri. Aku tak tahu apa sakitnya Iris sebab dia nampak sihat sehinggalah dia semakin kurus kering seperti Thea, kecuali selera makannya tidak berubah. Simptom yang dia alami tu tidak begitu nampak sehinggalah dia terus kurus, underweight dan ....... kau faham kan maksud aku? Aku dah tak mampu nak cakap perkataan sedih tu lagi, bayangkan dalam setengah tahun, 3 orang yang aku sayang, pergi meninggalkan aku, dan tinggallah aku keseorangan diri. Hidup loner, tanpa teman siapa-siapa.

Sekarang aku dipindahkan di rumah yang kecil sedikit, bersama kamar merahku, memenuhi ruang rumah yang aku ada, kerana hanya tinggal aku saja yang masih bernyawa. Tuan aku masih tak give up dengan aku lagi, dia masih mencuba untuk menjaga aku lagi, walaupun kadang-kadang aku terasa terseksa, tapi aku cuba gagahkan juga untuk teruskan hidup di sisi orang yang menyayangi aku.

Ini bukan angan-angan, ini benar-benar terjadi, sebuah dugaan & perjalanan hidup tanpa di jangka.
My precious Guinea Pig :'(

RIP Barry (23.10.2015 - 15.04.2016)
RIP Thea (14.11.2015 - 10.06.2016)
RIP Iris (14.11.2015 - 24.06.2016)

You Might Also Like

0 comments

Readers

Labels

Quote

Jangan lecehkan tulisan orang lain.
Siapa tau, mungkin itu satu-satunya nafas yang dia punya.

Sofia Nin, Puisi Berantakan.